KUALA LUMPUR: Seorang ibu dan rakan wanitanya dijatuhi hukuman penjara 35 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah kerana membunuh bayi lelaki berusia 23 bulan di sebuah rumah di Presint 5, Putrajaya, lima tahun lepas.
Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menjatuhkan hukuman tersebut ke atas ibu bayi itu, Nor Aisyah Mohd Yunus, 40, dan rakan serumahnya, Noor Aisyah Ibrahim, 37, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kedua-dua tertuduh di akhir kes pembelaan.
"Setelah meneliti keterangan kesemua saksi pembelaan termasuk kedua-dua tertuduh, mahkamah mendapati kedua-dua tertuduh gagal memberikan penjelasan bagaimana mangsa mendapat kecederaan sedangkan mereka mengakui mangsa berada di dalam rumah berkenaan semasa kejadian.
"Oleh itu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 35 tahun bagi setiap tertuduh bermula dari tarikh tangkap pada 4 Nov 2019," kata hakim itu.
Mengikut pertuduhan, kedua-dua wanita itu yang merupakan penjawat awam, didakwa bersama-sama membunuh bayi berkenaan di sebuah rumah di Jalan P5A/5 Fasa 5R4, Presint 5, Putrajaya, antara pertengahan September 2019 sehingga 4 Nov 2019.
Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan jika tidak dihukum mati, hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norashikin Ibrahim, Mohd Isa Mohamed dan Noor Dayana Mohamad manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Najib Zakaria dan Mohd Azrul Hasyimi Mohammad.
Seramai 19 saksi pendakwaan dan sembilan saksi pembelaan termasuk kedua-dua tertuduh dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan yang bermula pada November 2021.
Media sebelum ini melaporkan bayi lelaki berkenaan dibawa oleh kedua ibu bapanya ke Hospital Serdang dengan 89 kesan lebam, lecur, luka, calar lama dan baharu di seluruh badan.
Hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kecederaan di pinggul dan hati akibat hentakan objek tumpul dan keras.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 12 2024
Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menjatuhkan hukuman tersebut selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kedua-dua tertuduh. - Gambar hiasan
'Tiada niat raih simpati, itu satu-satunya kenderaan kami ada'
Keluarga bayi berusia 11 bulan yang terpaksa bergantung pada alat bantuan pernafasan apabila kisah kesukaran mereka mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Syarikat 'telco' diharap percepat muktamad perjanjian pegangan ekuiti dalam DNB - Fahmi
Syarikat telekomunikasi diberi masa 20 hari untuk membuat keputusan bagi memuktamadkan pegangan ekuiti dalam DNB.
Mahkamah tolak pengakuan bersalah lelaki hantar komunikasi seksual
Mahkamah Masjitret di sini, pada Selasa, menolak pengakuan bersalah seorang warga Indonesia yang dituduh berkomunikasi secara seksual dengan seorang remaja perempuan bawah umur berusia 17 tahun.
Pantau Agenda Reformasi: Implikasi permohonan waran tangkap ICC terhadap PM Israel
Apa yang perlu kita fahami tentang implikasi tindakan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang memohon waran tangkap terhadap pemimpin tertinggi Israel dan Hamas berhubung konflik berdarah di wilayah Palestin sejak 7 Oktober tahun lalu?
Prof. Datuk Dr. Rahmat Mohamad, Pakar Perundangan dan Hak Asasi Manusia UiTM ada perinciannya.
Prof. Datuk Dr. Rahmat Mohamad, Pakar Perundangan dan Hak Asasi Manusia UiTM ada perinciannya.
Niaga AWANI: China konsisten alu-alukan pelaburan asing
Bank Pembangunan Asia meramalkan bahawa China akan menyumbang 46 peratus kepada pertumbuhan ekonomi di negara-negara membangun di Asia pada tahun ini dan tahun depan.
Niaga AWANI: Samsung Electronics pilih eksekutif veteran, tangani krisis cip
Samsung melantik Young Hyun Jun, berkuat kuasa serta-merta, memindahkannya daripada peranan sebagai ketua unit perancangan perniagaan masa depan.
Niaga AWANI: Kenanga kekalkan unjuran pertumbuhan pada 9.4 peratus tahun ini
Ia kebanyakannya disebabkan oleh jangkaan kitaran naik teknologi dan pemulihan ekonomi China, disokong oleh rangsangan berterusan daripada kerajaan China.
Niaga AWANI: Rakyat Malaysia bimbang penipuan berkaitan pembayaran - Fico
Perlindungan penipuan dilihat cukup penting, dengan kemudahan penggunaan dan perlindungan yang baik menjadi pertimbangan utama untuk memilih penyedia perkhidmatan kewangan.
Presiden baharu Iran bakal berdepan cabaran tangani inflasi
Presiden baharu Iran dijangka bakal berdepan cabaran dalam menangani krisis ekonomi di negara Republik Islam itu.
Polisi luar negara Iran akan kekal, tidak berubah
Polisi luar negara Iran akan kekal dan tidak berubah terutamanya melibatkan pendirian negara itu yang kekal tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara yang sah walaupun negara itu bakal dipimpin oleh presiden baharu kelak.
Ibu, rakan dihukum penjara 35 tahun bunuh bayi lelaki
Seorang ibu dan rakan wanitanya dijatuhi hukuman penjara 35 tahun selepas didapati bersalah kerana membunuh bayi lelaki berusia 23 bulan.
Pengawal keselamatan dituduh sebabkan kematian bayi berusia setahun
Seorang pengawal keselamatan didakwa menyebabkan kematian seorang bayi lelaki berusia setahun.
Britain: Jururawat didapati bersalah bunuh 7 bayi di hospital
Seorang jururawat Lucy Letby didapati bersalah membunuh tujuh bayi dalam unit neonatal ketika bekerja di Hospital Countess of Chester di barat laut England.
Pengasuh didakwa bunuh bayi berusia enam bulan
Dia didakwa telah membunuh bayi berkenaan di sebuah rumah di Taman Tawas Indah, Chemor antara 7 Julai hingga 12 Julai lalu.
Pasangan Korea mengaku cekik bayi hingga mati
Seorang wanita dan teman lelakinya ditahan atas tuduhan mencekik bayi mereka sehingga mati di bandar Geoje, Korea Selatan.
Sumbang mahram dengan anak, lelaki dakwa 'diperintah' dukun bunuh 7 bayi kalau nak kaya-raya
Seorang lelaki dipercayai telah membunuh dan menanam hidup-hidup tujuh mayat bayi di satu kawasan hasil daripada perlakuan sumbang mahram terhadap anak kandungnya sendiri.
Ibu bunuh 2 bayi, simpan mayat dalam peti sejuk
Suspek dilapor membunuh anak keempatnya yang berusia sehari pada November 2018 dan mengulangi tindakan sama terhadap anak kelima pada November 2019.
Jururawat didakwa bunuh bayi sendiri berusia 6 bulan
Zahrul Ashrik Zulkaflee mengangguk faham apabila pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Jesseca Daimis.
Petani didakwa bunuh anak sendiri
Seorang petani dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Setar hari ini atas pertuduhan membunuh bayinya sendiri berusia tiga bulan di kediamannya, dua minggu lalu.
Wanita disyaki bunuh bayi sendiri dituduh di Mahkamah Ampang pada Isnin
Seorang wanita warga tempatan yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes kematian bayi lelaki berusia enam bulan baru-baru ini, akan dituduh di Mahkamah Ampang, di sini Isnin depan.